KURSUS TOUR LEADER UMRAH
(Kursus lanjutan daripada kursus Tour Leader Tahap I & II)
Kursus Tour Leader Umrah merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Tour Leader Tahap I & II iaitu tambahan kepada mereka yang berminat menjadi Tour Leader Umrah. Peserta WAJIB mengikuti Kursus Tour Leader Tahap I & II sebelum menyertai Kursus Tour Leader Umrah ini. Kursus ini diadakan selama DUA hari merangkumi kelas teori dan amali yang akan melengkapkan peserta dengan ilmu dan kemahiran untuk menjadi seorang Tour Leader Umrah profesional.
Dengan menghadiri kursus ini peserta akan beroleh pengetahuan dan pengalaman dalam mengendali jemaah, mengetahui cara-cara yang betul untuk menunaikan ibadah umrah, solat jamak dan bertayammum selain dapat membentuk personaliti peserta dan membina keyakinan diri mereka untuk menjadi Tour Leader Umrah.
OBJEKTIF
1. Bagi melahirkan Tour Leader Umrah yang:
i) Profesional
ii) Berdedikasi
iii) Bertanggungjawab
iv) Berdisiplin
v) Berketerampilan
vi) Berkarisma
2. Untuk mendedahkan peserta kepada tugas sebenar sebagai seorang Tour Leader
Umrah
Umrah
3. Untuk menerangkan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Tour Leader Umrah.
4. Untuk membekalkan peserta dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang Tour Leader Umrah
5. Untuk mendedahkan peserta dengan suasana sebenar semasa lawatan.
6. Untuk mendedahkan peserta cara-cara menunaikan umrah dan melakukan ibadah.
IMPAK
1. Peserta akan menjadi seorang Tour Leader Umrah yang:
i) Profesional
ii) Berdedikasi
iii) Bertanggungjawab
iv) Berdisiplin
v) Berketerampilan
vi) Berkarisma
2. Peserta boleh melakukan tugas sebenar sebagai seorang Tour Leader Umrah.
3. Peserta dapat mengetahui ciri-ciri seorang Tour Leader Umrah.
4. Peserta akan memperoleh ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang Tour
Leader Umrah
Leader Umrah
5. Peserta akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan suasana sebenar semasa
Lawatan.
Lawatan.
6. Peserta dapat mengetahui cara-cara menunaikan umrah dan melakukan ibadah.
PESERTA
Mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut patut menyertai kursus ini:
- Berdedikasi , berdisiplin & peramah
- Penyabar & bertanggungjawab
- Sihat, cergas & aktif
- Berpengalaman menunaikan umra
- Boleh berbahasa Arab satu kelebihan
- Penyabar & bertanggungjawab
- Sihat, cergas & aktif
- Berpengalaman menunaikan umra
- Boleh berbahasa Arab satu kelebihan
METODOLOGI LATIHAN
1. Penyampaian secara syarahan
2. Latihan amali melalui simulasi
3. Melaksanakan tugasan sebenar melalui lawatan
4. Problem Based Learning (PBL)
KANDUNGAN KURSUS
1. Peranan dan tanggungjawab seorang Tour Leader Umrah.
2. Teknik berkomunikasi sebagai seorang Tour Leader Umrah.
3. Tindakan yang perlu diambil apabila dilantik menjadi Tour Leader Umrah.
4. Tugasan sebagai seorang Tour Leader Umrah.
5. Pengertian umrah, tawaf dan sai'e.
6. Adap-adap menziarahi makam Rasulullah SAW.
7. Memberi salam dan wada' kepada Rasulullah SAW.
8. Latihan amali dalam kelas :
i) Cara-cara memakai ihram
ii) Cara-cara mengerjakan tawaf dan sai'e
ii) Cara-cara bertayammum
9. Latihan amali melalui lawatan :
i) Di dalam bas persiaran
ii) Di restoran
ii) Di masjid
iv) Di tempat lawatan
10. Penyelesaian masalah (Problem solving).
UJIAN & PENILAIAN
Peserta akan menjalani TIGA ujian iaitu:
1. Ujian mengurus lawatan dan peserta rombongan semasa lawatan ke Singapura & Melaka.
2. Ujian komunikasi ‘public speaking’ secara individu.
3. Ujian bertulis.
Peserta juga akan dinilai sepanjang kursus berlangsung. Penilaian adalah berdasarkan:
- Ketepatan masa - Disiplin yang tinggi
- Kerjasama antara peserta - Personaliti yang baik
- Kesopanan - Komunikasi yang jelas
- Tanggungjawab terhadap tugas - Kebolehan menyelesai masalah
KEISTIMEWAAN
Mereka yang lulus CEMERLANG akan ditawarkan menjadi Tour Leader.
SIJIL
Sijil akan diberikan kepada mereka yang lulus sahaja
.
YURAN PENYERTAAN
Yuran penyertaan ialah sebanyak RM1,500.00 seorang bagi kursus selama EMPAT hari yang
merangkumi:
- Bayaran tenaga pengajar, fasilitator & konsultan - Penginapan 1 malam di Melaka
- Nota & bahan latihan - Tiket masuk tempat lawatan
- Alat bantu mengajar - Makan pagi 3 kali
- Penyediaan dewan kuliah berhawa dingin - Makan tengahari 3 kali
- Pengangkutan pergi balik - Minum petang 2 kali
Kuala Lumpur- Singapura- Kuala Lumpur
TERMA & SYARAT
1. Setelah menerima borang permohonan yang lengkap, kami akan mengesahkan
penyertaan anda.
2. Bayaran perlu dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyertaan disahkan. Resit
pembayaran hendaklah difaks atau diemelkan kepada INZ Vision sebagai bukti.
3. Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh kurang dari
14 hari sebelum kursus bermula. Walau bagaimanapun, pengganti dibenarkan dan tiada
caj tambahan dikenakan.
4. Yuran pengurusan sebanyak 20% dikenakan sekiranya pembatalan dibuat dalam masa
lebih 14 hari sebelum kursus bermula.
5. Pihak akademi berhak membuat apa-apa pindaan/ perubahan kepada tarikh kursus,
tempat kursus, modul latihan dan fasilitator sekiranya berlaku perkara diluar jangkaan.